Toranoana/Kedai buku komik Jepun yang terkenal di Akihabara

Toranoana/Kedai buku komik Jepun yang terkenal di Akihabara

IMG_1078
“Toranoana” adalah sebuah kedai di mana penggemar-penggemar komik Jepun berkumpul. Kedai ini ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai sebuah kedai yang khusus untuk doujinshi, dan telah menyokong ramai pengarang doujinshi selama ini. Terdapat 3 cawangan Toranoana di Akihabara, iaitu 1) Kedai Akihabara A: kedai “flagship” 2) Kedai Akihabara B, di mana terdapat tingkat yang eksklusif untuk wanita, dan 3) Kedai Akihabara C, kedai teras. Terdapat lebih banyak pilihan dan stok di Kedai Akihabara A. Oleh itu, walaupun jika anda tidak mempunyai banyak masa, anda masih boleh menikmati lawatan anda di Kedai A! Tetapi harus diingat bahawa semua komik dan produk adalah dalam bahasa Jepun.

Kedai Akihabara A: kedai “flagship”

Di antara 3 kedai Toranoana di Akihabara, cawangan ini menawarkan kepelbagaian produk yang paling banyak. Seluruh bangunan tersebut, dari tingkat B1 ke tingkat 7, adalah kedai Toranoana. Toranoana bukan hanya menjual produk yang biasanya ditemui di kedai buku biasa, tetapi ia juga menjual produk yang tidak boleh ditemui di tempat lain kecuali di Akihabara. Walaupun kebanyakan produk yang ada di kedai ini adalah buku komik, namun produk lain seperti permainan komputer dan barangan eksklusif Toranoana juga dijual di sini. Produk utama yang dijual di tingkat 1 adalah komik yang baru diterbitkan. Komik yang baru diterbitkan dan komik lain yang agak baharu juga dijual di tingkat 2.
IMG_0957
Anda akan melihat buku-buku dan novel yang disusun rapat di rak-rak di dalam kedai ini. Selain majalah komersial, anda boleh membeli pelbagai jenis doujinshi di sini. Kedai buku biasa tidak menjual doujinshi kerana ia dihasilkan dan diterbitkan secara swasta oleh individu atau kumpulan. Di tingkat 5, anda boleh temui, contohnya, barangan Toranoana yang eksklusif dan barangan yang berkaitan dengan Touhou Project. Touhou Project adalah salah sebuah jenama doujinshi yang popular di Toranoana. Oleh kerana penjualan doujinshi Touhou Project adalah terhad, terdapat banyak produk yang hanya boleh ditemui di Toranoana. Di tingkat 3, terdapat kedai kolaborasi di antara Kadogawa dan Toranoana.
IMG_0971
IMG_0924
IMG_0951
Selain buku komik, terdapat juga pelbagai produk lain yang ditawarkan. Ini adalah kayu bercahaya yang biasanya digunakan apabila menyaksikan konsert di Jepun.
IMG_1061
IMG_1053
IMG_0963

Kedai Akihabara B: Kedai eksklusif untuk wanita

Di kedai ini, terdapat tingkat yang eksklusif untuk kaum wanita. Ia sesuatu yang jarang ditemui di kedai lain di Akihabara. Selain barangan eksklusif yang hanya boleh ditemui di Toranoana, siri komik popular, CD dan DVD anime juga dijual di kedai ini. Di Kedai B ini, kebanyakan pelanggan adalah wanita. Jadi, ia tempat yang amat selesa untuk dilawat oleh pelancong wanita.
IMG_1124
IMG_1006
IMG_1015
Dinding kedai ini dihiasi dengan autograf pengarang-pengarang manga.
IMG_1025
IMG_1034
Selain daripada buku komik untuk wanita, di Kedai B, anda boleh melihat pelbagai jenis produk seperti DVD anime, CD pelakon suara dan CD drama.

Kedai Akihabara C: Kedai teras

IMG_1111
Kedai Akihabara C baru saja dibuka pada tahun 2013.
Buku komik dan barangan yang berkaitan dijual di tingkat 3. Anda juga boleh membeli buku doujinshi terpakai di sini (ia dipanggil “Kobutsu” di dalam bahasa Jepun). Doujinshi yang hanya pernah diterbitkan sekali dilabel barangan premium dan harganya boleh mencecah 10 kali melebihi harga asal. Terdapat juga kes di mana doujinshi yang popular dilabel sebagai premium. Namun begitu, doujinshi terpakai biasanya dijual pada harga murah; ada juga doujinshi yang berharga 100 yen. Oleh kerana produk di Toranoana adalah dalam bahasa Jepun, kebanyakan pelancong hanya datang untuk melihat-lihat di kedai ini. Tetapi, membeli Kobutsu yang murah sebagai cenderahati mungkin merupakan idea yang baik. Tingkat 4 digunakan untuk majlis khas.
IMG_1084
IMG_1097

Perkhidmatan penterjemahan melalui telefon

Sejak Januari 2014, perkhidmatan penterjemahan melalui telefon ditawarkan di kedai-kedai Toranoana di Akihabara secara PERCUMA. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, anda boleh rujuk kepada pekerja di kedai tersebut. Buat masa ini, bahasa yang ditawarkan adalah bahasa Inggeris, Cina, Korea, Sepanyol dan Portugis. Namun begitu, bahasa-bahasa di Asia Tenggara masih belum ditawarkan. Jika anda boleh berbahasa Inggeris atau Cina, mungkin anda boleh mencuba perkhidmatan ini!

IMG_0934

data

[kedai A,B]
■Waktu operasi 10:00~22:00
■Alamat 4-3-1, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo,
■URL http://www.toranoana.jp/

[kedai C]
■Waktu operasi 11:00~22:00
■Alamat 3F,Kakut Bldg.3-18-3, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo

コメントを残す

メールアドレスが公開されることはありません。 * が付いている欄は必須項目です

次のHTML タグと属性が使えます: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>