Taito Station / Pusat permainan video di mana anda boleh menikmati permainan crane game

Taito Station / Pusat permainan video di mana anda boleh menikmati permainan crane game

IMG_1386
Taito Station merupakan salah sebuah pusat permainan video terbesar di Akihabara dan ia terletak hanya 3 minit jika berjalan kaki dari Stesen Akihabara. Bangunannya dihiaskan dengan papan iklan merah dengan watak daripada permainan video terkenal “The Invader” di atasnya. Pintu masuk kedai ini agak besar. Jadi, anda boleh melihatnya dengan mudah. Taito Station Akihabara mempunyai 6 tingkat, merangkumi pelbagai permainan video dan photo booth. Anda pasti akan bergembira di sini!

Tingkat 1 dan 2: Mesin “Crane Game”

IMG_1362
Tingkat 1 dan 2 dikhaskan untuk crane game. Terdapat berbagai-bagai patung dan barangan watak anime untuk anda pilih dan menyahut cabaran di sini. Anda boleh cuba untuk memenangi patung watak anime kegemaran anda yang berada di dalam mesin crane game. Sebenarnya, ia menjadi lebih mudah apabila anda tahu caranya. Anda boleh bertanya pekerja di sini tentang tips untuk permainan crane game. Tetapi, oleh kerana mereka hanya boleh berbahasa Jepun, anda boleh cuba memahami apa yang mereka katakan melalui gerak isyarat. Namun begitu, ada berita baik untuk anda! Taito Station Akihabara bercadang untuk menyediakan panduan crane game di dalam bahasa Inggeris dan Cina di masa akan datang. Tetapi, belum ada jadual yang pasti buat masa ini. Terdapat juga sebuah mesin crane game yang mengandungi patung edisi terhad bagi anime popular yang memakai kostum pekerja Taito Station! Jadi, jangan terlepas peluang ini!
IMG_1360
Anda juga boleh membeli produk Taito Station yang eksklusif, iaitu sebuah beg “eco” yang mempunyai logo “Invader” Taito Station dari sebuah mesin penjualan automatik di tingkat 2.
IMG_1364
Selain itu, di tingkat 2, anda akan temui sebuah pondok karaoke peribadi yang dipanggil Choi KARA. Jarang sekali kita dapat menyanyi karaoke di dalam pusat permainan video. Tetapi, anda boleh menikmati pengalaman tersebut di sini! Jangan bimbang, orang lain tidak akan mendengar nyanyian anda kerana Choi KARA adalah kalis bunyi.
IMG_1358
Terdapat juga mesin ATM di tingkat 1 yang menawarkan perkhidmatan pemindahan wang antarabangsa. Anda tidak perlu bimbang jika kekurangan wang semasa bermain di sini!

Tingkat 3 dan 4: Mesin permainan arked

IMG_1352
Terdapat pelbagai permainan video arked di tingkat 3 dan 4. Anda boleh temui permainan video yang baharu dan lama di sini. Jika anda pernah dengar tentang permainan video klasik seperti Mario, Street Fighter dan Bomberman, anda boleh mengenang semula zaman kanak-kanak anda di tingkat 4 kerana terdapat banyak mesin permainan video arked klasik di sini.
IMG_1354
Terdapat sebuah mesin permainan menumbuk di tingkat 3, sebuah produk yang dihasilkan oleh Taito Station sendiri. Anda boleh mencubanya dan menumbuk dengan sekuat hati untuk menghilangkan stres atau untuk menguji kekuatan anda!

Tingkat 5: Mesin permainan muzik

IMG_1350
Di tingkat 5, anda akan temui pelbagai jenis mesin permainan muzik. Tingkat ini biasanya sesak dengan pemain dan dipenuhi bunyi muzik yang kuat daripada mesin-mesin di sini. Jika datang ke sini, anda boleh mencuba sebuah mesin permainan muzik yang diterbitkan oleh Taito Station, berjudul “Groove Coaster”. Anda pasti akan berasa gembira apabila bermain permainan ini!

Tingkat B1: Photo booth/cosplay

IMG_1375
Akhir sekali, di tingkat B1, anda akan temui banyak “photo booth”. Zon yang hanya untuk wanita juga terdapat di sini. Yang istimewa tentang photo booth di Taito Station Akihabara ialah, anda boleh meminjam dan memakai kostum anime atau cosplay secara PERCUMA! Anda boleh berpakaian seperti seorang maid, idola Jepun yang dipanggil AKB, atau watak anime kegemaran anda. Terdapat banyak pilihan kostum untuk anda dan anda boleh mengambil gambar kawan-kawan atau diri anda sendiri di sini.
IMG_1371

IMG_1369
Taito Station adalah lokasi yang sesuai dilawat oleh peminat permainan video dan sebaliknya! Anda boleh bermain-main di sini bersama rakan-rakan dan keluarga.

Bahasa

Pekerja di sini hanya berbahasa Jepun. Tetapi, anda boleh menggunakan gerak isyarat untuk berkomunikasi dengan mereka. Ada beberapa permainan yang menggunakan bahasa Inggeris.

Data

Alamat: Soto Kanda 4-2-2 Chiyoda-ku, Tokyo
Waktu operasi: 10:00~24:00 everyday
Tel: 03-5289-8445
URL: https://www.taito.co.jp/gc/store/00001802

コメントを残す

メールアドレスが公開されることはありません。 * が付いている欄は必須項目です

次のHTML タグと属性が使えます: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>