Shosen Book Tower, Pelbagai buku untuk golongan otaku dan peminat peralatan elektronik

Shosen Book Tower, Pelbagai buku untuk golongan otaku dan peminat peralatan elektronik

Berjalan-jalan di Akihabara, saya dah mula biasakan diri dengan dunia otaku dan peminat tegar anime, namun begitu, saya masih berasa kagum apabila melihat begitu banyak buku dan majalah yang tersusun dengan pelbagai warna menarik di setiap sudut semasa saya melawat Shosen Book Tower.
SE 7 - Shosen Book Tower
SE 3 - Shosen Book Tower
SE 5 - Shosen Book Tower
Terletak berhampiran kawasan yang dipenuhi kedai-kedai barangan elektronik, makanan dan hobi, berjalan melepasi Yodobashi Akihabara dan sebelum sampai ke destinasi saya untuk makan tengah hari, sebuah bangunan tinggi berwarna biru di sudut jalan menarik minat dan membangkitkan rasa ingin tahu di dalam diri saya.
SE 2 - Shosen Book Tower

SE 1 - Shosen Book Tower

Seumur hidup saya, saya tak pernah nampak begitu banyak buku!

Minda saya menjerit keterujaan. Ulat buku macam saya berasa teruja apabila melihat rak-rak yang dipenuhi dengan begitu banyak buku. Apatah lagi sebuah bangunan 10 tingkat yang hanya menawarkan buku, majalah dan bahan-bahan bacaan yang lain. Setiap tingkat menempatkan beribu-ribu buku dan majalah di dalam kategori-kategori yang berbeza.

Anda boleh sampai ke tingkat teratas bangunan ini dengan menaiki eskalator hingga ke tingkat 10. Mungkin sebuah lif boleh membawa anda ke tingkat atas dalam masa beberapa saat atau seminit, tapi anda takkan dapat melihat kejutan yang menanti di setiap tingkat. Oleh itu, saya menaiki eskalator dan sampai ke puncak “menara” ini dalam masa kurang daripada 10 minit.

Sambil meneliti setiap bahagian di tingkat-tingkat berbeza, saya menyedari bahawa Shosen Book Tower sebenarnya untuk memenuhi cita rasa otaku dan peminat tegar peralatan elektronik moden. Setiap bahan bacaan mencerminkan minat masyarakat setempat di Akihabara. Jika anda meminati novel, puisi dan bahan bacaan seumpamanya, Shosen bukanlah tempat untuk anda, kerana kebanyakan buku dan majalah di sini berkaitan dengan alat-alat elektronik, peralatan dan peranti elektrik, serta bahan bacaan lain yang informatif berkaitan dengan komputer.

Shosen Book Tower mudah dicari dengan hanya sekilas pandangan. Ia berdiri megah di sudut jalan dengan tingkap-tingkap biru berkilau yang memantulkan sinar matahari. Anda boleh melihat papan tanda “SHOSEN” yang besar dan berlatar hijau di bahagian atas bangunan ini. Shosen Book Tower terletak hanya 300 meter atau 4 minit secara berjalan kaki dari Stesen Akihabara. Ia terletak di selatan-tenggara stesen tersebut.

コメントを残す

メールアドレスが公開されることはありません。 * が付いている欄は必須項目です

次のHTML タグと属性が使えます: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>