Mulan Akiba Media Shop/Syurga bagi peminat anime dengan sebuah kedai hobi khusus dan tiga tingkat untuk DVD

Mulan Akiba Media Shop/Syurga bagi peminat anime dengan sebuah kedai hobi khusus dan tiga tingkat untuk DVD

Tujuh tingkat yang dipenuhi dengan barangan permainan video, anime dan DVD menanti anda! Kedai ini menawarkan pelbagai barangan yang menakjubkan untuk semua peringkat umur. Tingkat bawah tanah merupakan sebuah kedai hobi yang khususnya untuk figura anime, manakala tingkat satu dan dua dipenuhi dengan permainan video dan komputer. Hanya pelanggan dewasa dibenarkan untuk masuk ke tingkat tiga hingga enam, yang menawarkan pelbagai barangan untuk golongan dewasa.

Sebuah tempat istimewa untuk mereka yang meminati permainan video dan anime

Bagi peminat permainan video konsol dan PC, serta peminat anime , Mulan Akiba Media Shop bagaikan impian yang menjadi nyata. Di luar kedai ini terdapat senarai barangan terpakai yang diingini dan harga yang ditawarkan untuk barangan tersebut, serta set figura dan alat-alat elektronik yang dijual di sini.

MulanAkibaMediaShop004

Di dalam kedai ini, sesiapa yang melawatnya buat kali pertama pastinya terpegun dengan begitu banyak pilihan barangan berkaitan permainan video dan anime yang mampu memenuhi kehendak mereka. Kedai ini padat dengan barangan, dan laluan sempit di antara rak-rak di sini memastikan anda berpeluang mendekati dan berhubung dengan mereka yang mempunyai minat yang sama.

MulanAkibaMediaShop023

MulanAkibaMediaShop006

MulanAkibaMediaShop016

Tingkat bawah tanah merupakan sebuah kedai hobi khusus dan ia menawarkan figura beberapa watak anime klasik. Tingkat satu juga menawarkan figura anime, buku komik, permainan video PC dan konsol dan anda juga boleh membeli konsol seperti PS4 di sini. Selain itu, terdapat kemeja-t dan barang-barang kurio kecil, dan juga bantal!

MulanAkibaMediaShop009

MulanAkibaMediaShop012

MulanAkibaMediaShop011

MulanAkibaMediaShop020

MulanAkibaMediaShop021

Tingkat dua, juga dikenali sebagai ‘Acquisition Floor’, menempatkan banyak lagi CD, DVD dan Bluray permainan video, dan beberapa kaunter di mana para peminat boleh saling menukar barangan mereka. Pekerja-pekerja kedai ini juga ramah dan sedia membantu.

Pelbagai pilihan untuk golongan dewasa

MulanAkibaMediaShop001
Tingkat tiga dan ke atas khas untuk pelanggan-pelanggan dewasa. Tingkat tiga dipenuhi dengan permainan video PC untuk golongan dewasa. Tingkat empat dan lima menawarkan DVD lucah yang beraneka jenis, yang disusun berdasarkan kategori untuk kemudahan pelanggan dan setiap ruang kedai digunakan dengan sebaik mungkin. Terdapat juga poster yang tertera di siling kedai ini! Ada juga beberapa poster lucu yang bertulis “Ambillah masa anda!” dan yang terbaik sekali – “Berfikir bijak dan bertindak bodoh merupakan sifat manusia”!

Tingkat 6 mempunyai banyak lagi DVD dan bahagian Imej untuk mereka yang meminati sesuatu yang lebih spesifik dan berlainan.

Semoga Syurga ini takkan hilang!

Mulan Akiba dibuka sepanjang tahun dari pukul 10:00 pagi hingga 10:30 malam setiap hari termasuk cuti umum, seperti yang tertera di laman Facebook kedai ini. Walau bagaimanapun, pembelian hanya diterima dari pukul 10:00 pagi hingga 9.30 malam.

Mulan Akiba memiliki beberapa laman web berbeza. Laman web rasminya (hanya di dalam bahasa Jepun) adalah http://www.e-mulan.com/.

Laman blog rasminya adalah http://blog.livedoor.jp/kaitoriichiba_mulan-akiba/ (umum) dan http://blog.livedoor.jp/kaitoriichiba_mulan/ (hanya untuk golongan dewasa berumur 18+).

Laman Facebook Mulan Akiba ialah https://www.facebook.com/mulanakiba/ dan laman Twitter; https://twitter.com/mulanakiba/ (umum), https://twitter.com/mulanakibaUSED/ (untuk barangan terpakai dan maklumat pembelian) dan https://twitter.com/mulanakibaR18/ (untuk kandungan dewasa).

Ia juga mempunyai saluran Youtube, iaitu https://www.youtube.com/user/MULANChannel/

Mulan Akiba terletak hanya 6 minit (400 meter) secara berjalan kaki dari Stesen JR Akihabara, yang boleh didatangi melalui pelbagai laluan berbeza, termasuk JR Keihin Tohoku, Yamanote Line dan laluan Sobu.

Untuk sampai ke Mulan Akiba dengan mudah, keluar melalui “Electric Town Exit” di Stesen Akihabara, kemudian jalan terus sejauh lebih kurang 50 meter. Anda akan melihat Gundam Cafe dan AKB48 Cafe di sebelah kanan. Pusing kiri dan jalan ke arah bertentangan dengan Gundam Cafe, bersebelahan Akihabara Dai Parking Lot Building sejauh lebih kurang 200 meter. Apabila sampai di sebuah simpang, pandang ke arah barat laut dan anda akan nampak Mulan Akiba Shop.

■Waktu operasi – 10:00~22:30
■Alamat – 〒101-0021 Tōkyō-to, Chiyoda-ku, Sotokanda, 1 Chome−11−9
■Tel – 03-5298-6055
■URL – http://www.e-mulan.com/

コメントを残す

メールアドレスが公開されることはありません。 * が付いている欄は必須項目です

次のHTML タグと属性が使えます: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>