Mandarake / Sebuah bangunan yang dipenuhi barang mainan dan kolektibel untuk penggemar Manga dan Anime

Mandarake / Sebuah bangunan yang dipenuhi barang mainan dan kolektibel untuk penggemar Manga dan Anime

Di Akihabara, barang mainan bukan saja untuk kanak-kanak dan Mandarake, yang merupakan salah sebuah daripada begitu banyak kedai hobi yang ada di seluruh Akiba, membuktikan hakikat ini. Dari kad mainan, buku komik dan majalah hinggalah patung-patung rekaan sendiri, kostum serta CD dan video hentai, seluruh bangunan Mandarake menawarkan pengalaman menyeronokkan, bukan saja untuk kanak-kanak malah golongan dewasa juga.

SE 4 - Mandarake

Sebaik saja masuk di tingkat satu, anda akan nampak lif di sebelah kanan anda. Anda boleh naik lif tersebut untuk ke tingkat atas. Tapi jika anda mengalami klaustrofobia, anda juga boleh menaiki tangga kalau anda ingin bersenam. Tangga yang kelihatan seperti tangga kecemasan itu terletak di luar, bersambung dengan bahagian kanan bangunan Mandarake. Tapi kalau anda berasa gayat, lebih baik lupakan saja tangga tersebut. Kalau tidak, mungkin anda akan menggigil ketakutan. Itulah perasaan saya apabila memandang ke bawah dari tingkat lapan. Apa pun, terpulanglah pada anda.

SE 8 - MandarakeSE 6 - Mandarake

Reka bentuk bangunannya yang sederhana bertentangan dengan apa yang anda dapat lihat di dalamnya

Di tingkat pertama, anda akan temui pelbagai kolektibel yang berkaitan dengan antik pop Jepun. Kedai ini juga menerima barang mainan, komik dan majalah terpakai untuk dijual semula. Semua transaksi dilakukan di tingkat ini. Di tingkat dua, anda boleh melihat pakaian dan aksesori “cosplay” yang berwarna-warni, patung rekaan sendiri dalam pelbagai saiz, termasuk rambut palsu, pakaian, kasut dan aksesori supaya anda boleh menghiasnya mengikut cita rasa anda. Oleh itu, di tingkat ini, wajah cantik impian anda boleh menjadi kenyataan dengan rekaan patung yang menyerupainya.

Di tingkat tiga, empat dan lima, anda akan temui pelbagai jenis buku, “doujinshi” (karya terbitan sendiri oleh artis novel) dan bermacam-macam jenis Manga dan bahan bacaan, termasuk buku komik dan majalah. Bahan bacaan untuk golongan dewasa juga boleh ditemui di tingkat empat dan lima. Tingkat enam mempunyai rak-rak CD dan DVD manakala tingkat tujuh dan lapan menawarkan pelbagai barang mainan dan kolektibel.

SE 5 - MandarakeSE 3 - Mandarake

Mandarake pastinya akan membawa anda ke sebuah dunia imaginasi yang menakjubkan

Premis ini mungkin nampak seperti gudang biasa saja, tapi rupa luarannya tidak penting bagi para pelanggan yang gemar melawat kedai ini untuk melihat kolektibel anime terkini yang ditawarkan. Mereka berjalan dengan laju melepasi kami ke arah pintu masuk bangunan tersebut.

Bangunan ini merupakan salah sebuah mercu tanda di kalangan kedai-kedai di Akihabara. Dengan bantuan aplikasi peta di dalam telefon saya, Mandarake adalah salah sebuah kedai utama yang ditandakan dengan huruf besar. Jadi, dari Stesen Akihabara, anda akan temui bangunan tersebut setelah berjalan selama hanya 3 minit.

SE 7 - Mandarake

Ia memberi perspektif keseronokan dan hiburan baharu yang boleh memenuhi keinginan anda untuk animasi dan Manga

Untuk sampai ke Mandarake, keluar melalui “Electric Town Exit” dari Stesen JR Akihabara, cari jalan utama dan lintas persimpangan ke arah utara. Dari persimpangan tersebut, jalan sejauh satu blok dan pusing kiri. Teruskan untuk 2 blok dan anda akan temui bangunan 8 tingkat Mandarake di sebelah kanan anda.

■Waktu operasi 12:00~20:00
■Alamat 3-11-12, Sotokanda, Chiyoda-ku,Tokyo,
■No Tel 03-3252-7007
■URL http://www.mandarake.co.jp

コメントを残す

メールアドレスが公開されることはありません。 * が付いている欄は必須項目です

次のHTML タグと属性が使えます: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>