Mai:lish/Sebuah maid cafe yang diinspirasikan oleh ”STEINS;GATE”
Walaupun Mai:lish terletak agak jauh dari stesen Akihabara, ia adalah sebuah maid cafe tradisional yang harus dilawati! Pelancong asing biasanya melawat kafe ini hampir setiap hari.
Kafe ini diilhamkan oleh kafe yang terdapat di dalam permainan video popular berjudul “STEINS;GATE”. Oleh itu, kafe ini amat digemari oleh peminat permainan video tersebut. Mereka pastinya akan melawat kafe ini.
Produk yang disyorkan
Kari Mai:lish (kari merah jambu) 1300 yen
Di sini, anda boleh mencuba kari merah jambu. Ia jarang ditemui di tempat lain!
Oleh kerana ia kari ayam, mereka yang tidak makan khinzir disebabkan faktor keagamaan tidak perlu bimbang. Jika anda tidak dapat membuat pilihan, cubalah kari ini!
Set “Cream Tea” 1365 yen
Bagi menu ini, anda akan mendapat teko yang dipenuhi dengan teh dan scones. Teh yang dijual di kafe ini disediakan oleh seorang maid yang bernama “Ibara-san”. Beliau pengurus kedai ini dan mempunyai sijil daripada Japan’s Tea Association. Oleh kerana teh di kafe ini dipilih, dibeli dan disediakan oleh seorang pembuat teh profesional, anda boleh menikmati rasa sebenar dan aroma teh yang berkualiti tinggi. Ia tidak boleh didapati di kafe-kafe lain.
Selain daripada teh, minuman bersaiz besar, yang saiznya 3 kali lebih besar berbanding minuman biasa, juga sangat popular di kalangan pelancong.
Suasana di dalam kafe
Kepelbagaian maid cosplay
Pada hari biasa, pekerja kafe ini memakai kostum maid biasa. Tetapi, pada perayaan khas seperti Halloween atau Krismas, anda boleh melihat mereka memakai pelbagai kostum istimewa.
Akses/Rupa bentuk
Mungkin sukar untuk anda mencari kafe ini kerana ia terletak jauh di dalam sebuah bangunan. Di seberang jalan, terdapat kedai 7-11 dan mungkin ia boleh menjadi petunjuk kepada anda.
Anda boleh naik tangga ke tingkat 2 untuk sampai ke kafe tersebut.
Anda akan melihat kostum-kostum maid ini dipamerkan (gambar di bawah).
Bahasa yang digunakan
Menu di dalam bahasa Inggeris dan Cina juga ada disediakan (hanya versi lama yang belum dikemaskinikan)
Amaran
Pelanggan dilarang mengambil gambar di dalam kafe dan para pekerja kafe ini, sama seperti hampir semua maid cafe di Jepun. Anda boleh mengambil gambar makanan dan minuman yang dipesan, tetapi sebaik-baiknya beritahulah pekerja kafe terlebih dulu.
data
■Waktu operasi 11:00~22:00
■Alamat FH-kyowa-square 2F,3-6-2,Sotokanda,Chiyoda-ku,Tokyo
■No Tel 03-5289-7310
■URL http://www.mailish.jp/