LIBERTY, Di Mana Anda Diberi Kebebasan Untuk Berjiwa Muda

LIBERTY, Di Mana Anda Diberi Kebebasan Untuk Berjiwa Muda

SE 5 - Liberty
Apabila mendengar nama Akihabara, anda pastinya akan berfikir tentang dua perkara, barangan elektronik dan animasi! Ya, apabila berjalan di bandar yang sibuk ini, anda dapat melihat beberapa bangunan pencakar langit. Bangunan-bangunan ini bukan hanya menempatkan kedai-kedai pakaian dan makanan, tetapi juga pelbagai jenis kedai elektronik, serta kedai-kedai buku dan hobi yang menjual majalah dan komik yang berkaitan dengan animasi; dan semestinya, barang mainan. Barang mainan selalunya dikaitkan dengan bayi dan kanak-kanak. Tetapi di bandar Akihabara yang sibuk dan bebas, golongan remaja, pelajar kolej, pekerja profesional, hartawan dan bapa yang di pertengahan usia, dan juga golongan pencen berpeluang untuk menikmati dan mengumpul pelbagai jenis barang mainan, termasuk figura anime.
SE 8 - Liberty
SE 4 - Liberty
Sememangnya kita mempunyai kebebasan untuk memilih sebarang aktiviti sebagai hobi. Oleh itu, Liberty memberi kebebasan yang diingini oleh kanak-kanak dan golongan dewasa untuk menikmati barang mainan yang ditawarkan di kedai-kedainya yang berwarna-warni di sekitar Akihabara. Terdapat lebih daripada 3 cawangan Liberty berhampiran Stesen Akihabara. Jika anda berpeluang untuk menjelajah Akihabara sepanjang hari, mungkin anda akan menemui lebih daripada 3 kedai Liberty di kawasan tersebut. Liberty menawarkan barang mainan terpakai yang masih berada dalam keadaan baik. Yang bagusnya, anda boleh temui pelbagai barangan kolektibel yang jarang ditemui di kedai-kedai mainan yang hanya menjual mainan baharu. Dan oleh kerana mainan-mainan di sini adalah mainan terpakai, harganya lebih berpatutan. Di sini, anda juga boleh menjual barang mainan lama anda masih dalam keadaan baik. Kedai ini sememangnya kelihatan menarik dan berwarna warni, dengan pelbagai koleksi mainan termasuk figura, kenderaan mini – kereta api, kereta, kapal terbang dan lain-lain pesawat – dan infrastruktur, robot, dan bermacam-macam lagi.
SE 7 - Liberty
SE 2 Liberty
SE 3 - Liberty

Akses

Keluar melalui pintu keluar “Electric Town Exit” dari Stesen JR Akihabara dan jalan melepasi bangunan Atre sehingga anda sampai ke bangunan RadioKaikan. Di seberang bangunan tersebut, anda akan temui kedai Liberty yang pertama. Ia hanyalah sebuah kedai kecil, tapi ia dipenuhi dengan bermacam-macam jenis barang mainan. Untuk maklumat lanjut tentang semua kedai-kedai Liberty di Akihabara, layari laman web mereka untuk mendapatkan lokasi kedai dan senarai barang-barang yang ditawarkan di setiap kedai Liberty. Stesen JR Akihabara boleh didatangi melalui beberapa laluan kereta api dan kereta api bawah tanah yang berbeza: JR Chuo-Sobu, JR Keihin Tohoku Line, JR Yamanote Line, Toei Subway-Shinjuku Line dan Tsukuba Express.

コメントを残す

メールアドレスが公開されることはありません。 * が付いている欄は必須項目です

次のHTML タグと属性が使えます: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>