Kanno Oshiri Masakan Korea di Yodobashi Akiba, Akihabara

Kanno Oshiri Masakan Korea di Yodobashi Akiba, Akihabara

Jika anda tidak ingin makan Sushi atau Ramen, anda boleh mencuba Kimchi!

Memang agak pelik memakan makanan Korea di Jepun, kerana ada bermacam-macam makanan Jepun yang lazat di sini. Tapi kalau anda penat memakan ramen, sushi, tonkatsu dan lain-lain setiap hari semasa berada di Jepun, masakan Korea adalah alternatif yang baik untuk anda, terutamanya kerana kedua-dua negara ini adalah negara berjiran.
kannoshiri_123505
Set makan tengah hari di Kanno Oshiri berharga di antara 800yen~1250yen dan ia termasuk minuman percuma. Jadi, ia tidaklah semahal mana. Kami memesan set Bibimbap + Shinramen dan set Sundubu Keju. Ia lebih pedas dari jangkaan kami. Oleh kerana saya bukanlah orang Korea, saya tak pasti jika Kanno Oshiri menawarkan masakan Korea tradisional, tapi sebagai peminat setia makanan Korea dan Jepun, Sundubu Keju yang dipesan sangat sedap dan mengenyangkan. Set Bibimbap + Shinramen juga boleh memuaskan selera anda, dan anda boleh merasai nasi dan mi pada waktu yang sama, tapi saya perlu ingatkan bahawa Shinramen adalah sangat pedas!
kannoshiri_125633
Sebagai seorang pelancong asing di Jepun, saya selalunya lebih gemar memakan masakan Jepun. Tapi ada kalanya saya inginkan sedikit kelainan.
kannnooshiri_122721
Kannooshiri_125714
kannoshiri_125647
■Waktu operasi 11:00~23:00
■Alamat Yodobashi camera 8F, Hanaokacho Kanda 1-1 Chiyoda-ku, Tokyo
■No Tel 03-5298-8075
■URL http://www.gyozaya.com/kannooshiri/

コメントを残す

メールアドレスが公開されることはありません。 * が付いている欄は必須項目です

次のHTML タグと属性が使えます: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>