Kanda Myoujin, sebuah kuil untuk ahli perniagaan dan penduduk Akiba yang meminati teknologi terkini

Kanda Myoujin, sebuah kuil untuk ahli perniagaan dan penduduk Akiba yang meminati teknologi terkini

SE 6 - Kanda Myoujin

Dianggap sebagai “the world’s geekiest temple”, tepat sekali tanggapan CNN Travel apabila menggambarkan imej kontemporari Kanda Myojin di Akihabara, sebuah kuil kuno yang ditubuhkan lebih seribu tahun lalu untuk dewa-dewa tuah dan pahlawan. Sekarang, ia menjadi tarikan bagi ahli perniagaan dan penduduk tempatan Akiba yang meminati teknologi untuk mendapatkan tuah dan perlindungan.
kandamyozin4
SE 10 - Kanda Myoujin
SE 9 - Kanda Myoujin

Sejarah Kuil Ini

Kuil ini dibina untuk menempatkan tiga dewa, iaitu Pahlawan Taira no Masakado, Ebisu (dewa bagi nelayan dan pedagang) dan Daikokuten (dewa perdagangan dan perniagaan). Apabila Ebisu dan Daikokuten dipadankan; kedua-duanya dikatakan menggandakan tuah. Jadi, ahli perniagaan, pekerja profesional, pekerja biasa dan pekerja mahir melawat kuil ini demi kestabilan ekonomi peribadi dan keuntungan dalam perniagaan.
SE 8 - Kanda Myoujin
SE 4 - Kanda Myoujin
Seiring dengan perubahan zaman, gaya hidup setempat dan kehendak penduduk tempatan, fungsi kuil ini di dalam masyarakat telah berubah dari sebuah kuil pahlawan ke sebuah tempat yang menawarkan azimat-azimat di persekitaran dan era berteknologi tinggi in Tokyo. Jadi, pemuda-pemuda tempatan datang ke sini untuk memohon perlindungan bagi barangan dan alat-alat elektronik mereka dari kecurian dan kerosakan. Ada juga yang meminta supaya komputer mereka dilindungi daripada serangan virus.
SE 5 - Kanda Myoujin
SE 3 - Kanda Myoujin
Kanda Myojin menawarkan pemandangan indah, dengan muka bangunan Jepun tradisional, atap “hip-and-gable” Asia Timur, atau dikenali sebagai “irimoya” di Jepun dan hiasan dalaman berwarna merah merona, dihiasi dengan emas dan lakuer. Kewujudan kuil ini di Akihabara yang moden menimbulkan rasa tenang dan selesa bagi penduduk tempatan dan pelancong, dan ia berlainan daripada imej Akihabara yang selalunya sibuk, unik dan pelik. Dengan sejarah Jepun yang dipenuhi tragedi dan bencana, termasuklah Perang Dunia Kedua yang bersejarah, kuil Shinto yang berusia 1,270 tahun ini telah melalui beberapa penstrukturan semula, penempatan semula, pembaikpulihan, dan pembinaan semula di sepanjang jangka hayatnya.
kandamyozin3

Akses

Kanda Myojin terletak 650 meter dari Stesen Ochanomizu di laluan Chiyoda Line, hanya satu hentian dari Stesen Akihabara. Keluar melalui pintu keluar B1 Exit dan jalan terus melepasi jambatan yang merentasi sungai sehingga anda sampai ke lampu isyarat seterusnya. Selepas itu, pilih jalan di sebelah kanan. Anda akan melihat kuil tersebut di sebelah kiri anda. Tapi jika anda ingin bersenam, anda juga boleh berjalan kaki selama 13 minit ke sini dari Stesen JR Akihabara.

Untuk mengetahui tentang waktu lawatan dan operasi, anda boleh layari laman web http://www.kandamyoujin.or.jp/ (ia di dalam bahasa Jepun), atau hubungi nombor telefon 03-3254-0753. Anda boleh melawat kuil ini di alamat 2-16-2, Soto-Kanda di Chiyoda.

コメントを残す

メールアドレスが公開されることはありません。 * が付いている欄は必須項目です

次のHTML タグと属性が使えます: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>