Honey Honey @akihabara/Perkhidmata Wifi percuma di maid cafe ini

Honey Honey @akihabara/Perkhidmata Wifi percuma di maid cafe ini

IMG_0519
Hai! Saya Kyaw.
Saya telah melawat sebuah maid cafe di Akihabara yang bernama HoneyHoney. Berbanding dengan maid cafe lain di Akihabara, kafe ini menawarkan menu dan perkhidmatan yang unik. Terdapat menu yang dipanggil “Ojousama no Sui-tsu setto”, atau “Set Manisan Untuk Wanita”. Perkhidmatan ini hanya untuk pelanggan wanita, dan mereka dibenarkan untuk memakai kostum maid dan bergambar.

Kupon Terhad Akihabara List

  • (A)Untuk pelanggan baru yang melawat pada waktu makan tengah hari (11.00-17.00), anda akan mendapat satu minuman PERCUMA!
  • (B)Untuk pelanggan baru yang melawat pada waktu makan malam (17.00-23.00), anda akan mendapat satu minuman PERCUMA (hanya minuman yang harganya tidak melebihi 780 yen)

Menu yang disyorkan

Honey Omelet Rice 880 yen

Ia menu yang biasa dihidangkan di maid cafe.
IMG_0669
Jika memilih menu ini, anda boleh melihat maid menghiaskan omelet rice anda dengan sos tomato.
Jika anda tunjukkan gambar atau mesej yang diingini kepada mereka, mungkin mereka akan melukisnya untuk anda!
IMG_0637
IMG_0634
Anda boleh tambah keju dengan bayaran tambahan 100 yen.

Choco Latte Panas/Ais 580yen

Anda boleh memilih 3 perisa berbeza: coklat, strawberi dan madu.
Jika memilih menu ini, maid akan menghiaskan kopi anda dengan seni latte, contohnya dengan melukis haiwan dan lain-lain.
IMG_0610
Sirap manis masih berada di bahagian bawah cawan. Jadi, pastikan anda mengacaunya sebelum minum! Dan jangan lupa untuk mengambil gambar minuman anda!
IMG_0586

Cos-present

Untuk kaum wanita, saya syorkan set menu “Maid Costume Cosplay Present”! Anda boleh pilih manisan kegemaran dan memakai kostum maid yang anda suka (terdapat 5 pilihan kostum), dan bergambar. Harga menu ini adalah 980 yen.
IMG_0622
Anda boleh pilih 1 daripada 5 kostum yang ada. Anda boleh mengambil gambar dan ia disertakan dengan pencuci mulut.
IMG_0632
Kostum maid di dalam gambar di atas adalah salah satu pilihan yang disediakan. Perkhidmatan istimewa ini tidak boleh ditemui di tempat lain. Jika anda melawat Akihabara, datanglah ke sini untuk mencuba pengalaman yang menarik dan unik ini. Nampaknya ada juga menu tersembunyi untuk kaum lelaki, di mana mereka juga boleh mencuba pakaian cosplay.
IMG_0746

Komen penulis

IMG_0381
Anda boleh menggunakan wifi percuma di kafe ini… berita baik untuk para pelancong! Nampaknya ramai pelancong melawat kafe ini apabila mereka berada di Akihabara.
Kedai ini agak luas dan mempunyai lebih kurang 40 tempat duduk untuk pelanggan. Terdapat juga meja yang boleh memuatkan 6 orang, bagi mereka yang datang secara berkumpulan. Harus diingat bahawa omelet rice biasanya mengandungi daging khinzir. Jadi, bagi mereka yang tidak memakannya, tolong sebut “No pork” semasa membuat pesanan.
IMG_0532
Terdapat juga tempat duduk di kaunter.
IMG_0535

Rupa bentuk/Akses

Pintu masuk terletak di sebelah kiri bangunan. Sila naik tangga ke tingkat 2.
IMG_0875
IMG_0882
IMG_0880

Bahasa

Hanya bahasa Jepun digunakan (menu bahasa Inggeris akan disertakan tak lama lagi). Tetapi, membuat pesanan adalah mudah kerana terdapat gambar di dalam menu.

data

■Waktu operasi 12:00~23:00(L.O.22:30)
■Alamat Isamiya-dai8 Bld.2F,3-7-12,Sotokanda,Chiyoda-ku,Tokyo
■No Tel 03-6206-0183■URL http://www.honey2.jp/akihabara.html

コメントを残す

メールアドレスが公開されることはありません。 * が付いている欄は必須項目です

次のHTML タグと属性が使えます: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>