Pertukaran Mata Wang Semasa Melancong di Akihabara / Dapatkan tawaran terbaik untuk wang anda

Pertukaran Mata Wang Semasa Melancong di Akihabara / Dapatkan tawaran terbaik untuk wang anda

Akihabara menawarkan beberapa pilihan untuk menukarkan mata wang anda ke Yen untuk membeli belah. Ini membolehkan para pelawat mencari pulangan terbaik untuk mata wang mereka.

Kenapa perlu tukar mata wang semasa melancong?

Akihabara terkenal di seluruh dunia sebagai destinasi untuk penggemar permainan video, anime dan elektronik. Saya pernah terbaca tentang Akihabara dari pelbagai sumber semasa saya masih kecil, dan tinggal di sebuah negara yang terletak lebih 4000 batu dari sana!

Sememangnya, ini bermakna ia menerima ramai pelancong dari pelbagai negara dan mereka semua ingin menukar mata wang berbeza kepada Yen Jepun sebelum membuat pembelian di Akihabara. Pelancong yang memiliki kad kredit atau debit antarabangsa mungkin boleh membeli dari beberapa kedai. Tetapi, tidak banyak kedai yang menerima kad kredit atau debit antarabangsa, dan ini boleh menjadikan pengalaman membeli belah mereka terhad. Tambahan pula, jika kedai menerima kad tersebut dan anda membuat pembelian, bank mungkin akan mengenakan caj pertukaran mata wang bagi transaksi antarabangsa yang mungkin lebih mahal berbanding menukar mata wang anda sendiri.

Oleh itu, lebih baik jika anda buat perbandingan sebelum memilih untuk membeli dengan menggunakan kad kredit atau debit dengan kemudahan transaksi antarabangsa atau membeli Yen Jepun pada kadar pertukaran mata wang yang berpatutan.

Buat perbandingan dan dapatkan kadar pertukaran yang kompetitif!

Mujulah Akihabara mempunyai beberapa kedai di mana pelancong boleh menukar mata wang berbeza kepada Yen Jepun. Di antara kedai-kedai tersebut, tiga daripadanya adalah –
1) Daikokuya
2) Interbank
3) Travelex

Daikokuya menawarkan pelbagai perkhidmatan lain selain pengurupan wang (11 mata wang), di mana anda boleh membeli tiket kereta api pada harga diskaun, dan ia juga sebuah kedai pajak gadai!

Daikokuya

Interbank ditubuhkan pada tahun 2005, dan mengakui bahawa ia menawarkan di antara kadar terbaik di pasaran. 12 mata wang diterima di sini, seperti yang tertera di laman web mereka.

Interbank

Travelex merupakan jenama antarabangsa dan menerima 33 mata wang! Pelanggan juga diberi pilihan untuk mengumpul mata All Nippon Airways (ANA) atau Japan Airlines Limited (JAL) dengan beberapa pembelian tertentu.

Travelex

Akses / Jimat masa dan wang dengan bertindak bijak apabila melancong!

Cawangan kedai-kedai tersebut terletak berhampiran dengan Stesen Akihabara.

Cawangan Daikokuya terletak 400 meter (5 minit secara berjalan kaki) dari Stesen JR Akihabara, yang berhubung dengan beberapa laluan, termasuk JR Keihin Tohoku, Yamanote Line dan Sobu Line.

Untuk sampai ke Daikokuya dengan mudah, keluar melalui “Electric Town Exit” di Stesen Akihabara, dan jalan terus sejauh lebih kurang 50 meter. Anda akan melihat Gundam Cafe dan AKB48 Cafe di sebelah kanan. Pusing kiri dan jalan ke arah bertentangan dengan Gundam Cafe dan bersebelahan dengan Bangunan Akihabara Dai Parking Lot sejauh lebih kurang 200 meter. Apabila sampai di sebuah simpang, pandang ke arah barat laut dan anda akan nampak kedai Daikokuya.

Interbank menawarkan arahan terperinci (dengan petunjuk bergambar), untuk ke cawangan kedai tersebut di laman webnya http://www.interbank.co.jp/company/. Kedai Interbank terletak 450 meter secara berjalan kaki dari Stesen JR Akihabara.

Kedai Travelex terletak di sebelah pintu masuk Yodobashi Camera berhampiran Stesen Akihabara.

Daikokuya
■Waktu operasi –
■Alamat – 〒101-0021 Tōkyō-to, Chiyoda-ku, Sotokanda, 1 Chome−11−7
■No Tel – 03-3254-5351
■URL – http://gaika.e-daikoku.com/user_data/store.php

Interbank
■Waktu operasi – 11:00 to 20:00 pada hari biasa. Pada hari Sabtu, ia dibuka dari pukul 11:00 hingga 18:00, tetapi anda perlu membuat janji temu pada hari Jumaat. Waktu urusan telefon adalah dari pukul 09:00 hingga 18:00 pada hari biasa
■Alamat – 〒101-0021 Tōkyō-to, Chiyoda-ku, Sotokanda, 4 Chome−3-3
■No Tel – 03-5201-3970 (seperti yang tertera di laman web syarikat Interbank)
■URL – http://www.interbank.co.jp/company/

Travelex
■Waktu operasi – 09:30 hingga 20:00
■Alamat – 〒101-0028 Tokyo, Chiyoda, Kanda Hanaokacho, 1−1
■No Tel – 03-5298-7811
■URL – http://www.travelex.co.jp/JP/Currency-Exchange-Locations/Akihabara-Travelex-Foreign-Currency-Exchange-jajp/

コメントを残す

メールアドレスが公開されることはありません。 * が付いている欄は必須項目です

次のHTML タグと属性が使えます: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>