CLUB SEGA AKIHABARA SHINKAN/Nikmati permainan video dan ambil gambar “print club”

CLUB SEGA AKIHABARA SHINKAN/Nikmati permainan video dan ambil gambar “print club”

CLUB SEGA ialah sebuah pusat permainan video Jepun dan terdapat empat buah CLUB SEGA di Akihabara. Hari ini, kami akan perkenalkan bangunan CLUB SEGA terbaru di Akihabara. SEGA ialah sebuah syarikat permainan video yang terkenal dengan Sonic. Sonic merupakan nama watak di dalam permainan video SEGA.
(Tentang Sonic → http://sonic.sega.jp/SonicChannel/index.html)

Terdapat banyak figura di dalam permainan “crane game” (1F)

IMG_1450
Di tingkat pertama, terdapat pelbagai jenis “crane game”. Anda boleh mendapat figura animasi atau gula-gula jika anda berjaya memenangi permainan ini. Kadangkala, pelancong ingin membeli figura yang terdapat di dalam “crane game” tersebut, namun anda tak boleh membelinya. Jika anda ingin mendapatkan figura tersebut, cubalah permainan ini!

CLUB SEGA AKIHABARA SHINKAN menawarkan pelbagai hadiah di dalam “crane game” yang ada di sini. Dan hadiah-hadiah ini dipamerkan kepada orang ramai untuk menarik minat mereka. Yang lucunya, kadangkala permainan tersebut dihias seperti sebuah persembahan.
IMG_1452
IMG_1448
Jika ingin bermain, anda perlu menggunakan syiling 100yen dan mengawal kren tersebut menggunakan dua butang. Menekan butang-butang tersebut pada masa yang tepat adalah kunci untuk memenangi permainan ini.

Sediakan banyak syiling 100yen di dalam poket anda

IMG_1455
Anda perlu membayar 100yen untuk main semua permainan di pusat permainan video ini. Namun begitu, jika anda tidak mempunyai syiling 100yen, anda boleh menggunakan mesin penukar wang syiling di sini. Terdapat arahan ringkas di dalam bahasa Inggeris.
IMG_1459

Anda boleh mengambil gambar “Purikura” sebagai cenderahati (3F)

IMG_1463
Di tingkat 3, terdapat pondok-pondok gambar “Purikura”. Purikura terkenal di Jepun dan digemari oleh ramai pelajar-pelajar sekolah di Jepun. Anda bukan saja boleh bergambar, tapi juga menulis mesej dan menghiaskan gambar-gambar tersebut!
IMG_1466

IMG_1477
Agak sukar untuk warga asing mengambil gambar menggunakan pondok gambar tersebut kerana tempat untuk mengambil gambar, menulis mesej dan mendapatkan gambar semuanya berbeza.
Tetapi, jangan bimbang. Di CLUB SEGA AKIHABARA SHINKAN, terdapat manual di dalam bahasa Inggeris yang menerangkan bagaimana untuk menggunakan pondok gambar Purikura. Manual ini hanya terdapat di CLUB SEGA AKIHABARA SHINKAN.
IMG_1510

bahasa

Tiada pekerja yang fasih berbahasa asing di CLUB SEGA AKIHABARA SHINKAN. Tetapi, ada beberapa arahan yang ditulis di dalam bahasa Inggeris dan Cina.

data

■Waktu operasi: 10:00〜22:00
■Alamat: Soto Kanda 1-11-11 Chiyoda-ku, Tokyo
■No Tel: 03-5297-3601
■URL: http://www.sega-entertainment.jp/index.html

コメントを残す

メールアドレスが公開されることはありません。 * が付いている欄は必須項目です

次のHTML タグと属性が使えます: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>