Camera no Kitamura/Kamera yang berfungsi dalam bahasa-bahasa tenggara

Camera no Kitamura/Kamera yang berfungsi dalam bahasa-bahasa tenggara

IMG_0781
Saya akan perkenalkan anda pada kedai kamera yang dipanggil “Camera no Kitamura”. Ia mempunyai lebih daripada 900 cawangan di seluruh Jepun; 15 daripadanya bebas cukai. Cawangannya di Akihabara juga merupakan kedai bebas cukai.
Kedai ini bukan saja menjual kamera baru dan terpakai, tetapi juga membeli kamera terpakai. Harga kamera berubah berdasarkan harga pasaran. Harga dan bilangan stok di sini tidak menentu, namun anda boleh melihat lebih 20,000 stok kamera di semua kedai “Camera no Kitamura” di Jepun melalui tablet yang disediakan di cawangan Akihabara.
Anda juga boleh melihat informasi produk secara talian. Kini (September 2014), laman web ini dikemaskinikan di dalam bahasa Jepun, Inggeris, Cina dan Korea. Anda boleh mencari produk secara talian dan pergi ke kedai untuk melihat produk tersebut sendiri sebelum membelinya. Oleh kerana stok kamera terpakai tidak menentu, bagi mereka yang boleh berbahasa Inggeris, lebih baik anda cari maklumat mengenai produk yang dicari sebelum pergi ke kedai ini.

http://www.net-chuko.com/

Kebanyakan pelancong yang melawat Kamera no Kitamura biasanya membeli kamera untuk digunakan dan bukan sebagai cenderahati. Selepas membeli kamera, mereka selalunya mengeluarkannya daripada kotak, menggantungkannya di leher dan meneruskan perjalanan mereka. Kotak kamera akan diletakkan di dalam beg kertas untuk ada. Jadi, anda tak perlu bimbang.
Kedai ini terletak 2 minit secara berjalan kaki dari stesen Akihabara. Tetapi, ia agak sukar dicari. Jadi, sila rujuk pada peta yang disediakan di bawah. Pelancong yang melawat kedai ini berasal daripada negara Cina, Thailand, dan lain-lain. Ada juga pelancong yang datang sekeluarga. Jadi, ia tempat yang sangat selesa untuk membeli-belah.

Baucar laman web Akihabara List

■Pelanggan yang membeli kamera baru boleh mencetak sehingga 10 gambar (kamera digital, telefon pintar) secara percuma.

OLYMPUS OM-D E-M10

IMG_0764
Kamera ini boleh digunakan di dalam pelbagai bahasa, sejumlah 34 bahasa termasuk bahasa Jepun, Inggeris, Cina dan Thai. Anda boleh meminta pekedai supaya menukarkan bahasa untuk anda.
IMG_0767
Tambahan pula, skrinnya adalah panel sentuh dan memudahkan lagi anda membuat perubahan pada skrin dan mengambil gambar.
IMG_0774

Nikon

Ciri-ciri khas kamera ini adalah penderia imejnya yang besar. Penderia imej adalah faktor yang lebih penting dalam menentukan kualiti imej dan gambar berbanding bilangan piksel. Jika penderia imej besar, apabila anda membesarkan foto yang diambil, kualiti foto masih lagi baik.
IMG_0783
Kamera ini hanya menyokong bahasa Jepun dan Inggeris.
IMG_0788
Tag “Made in Japan” tertera di bahagian bawah kamera ini. Jadi, ia agak popular dengan ramai pelancong yang gemarkan produk “Made in Japan”.
IMG_0793
Tambahan pula, kamera ini juga kalis air, kalis debu dan ia sangat tahan lasak (ia boleh berfungsi pada suhu serendah -10℃). Ia juga mempunyai jaminan antarabangsa. Jadi, sila rujuk dengan pekedai di sana.

Suasana di dalam kedai

Apabila masuk ke dalam kedai ini, anda akan melihat banyak kamera yang dipamerkan. Selain kamera baru, terdapat lebih kurang 1200 kamera terpakai di kedai ini.
IMG_0831
Walaupun tripod kamera sukar untuk dibawa semasa melancong, mungkin anda ingin melihat pelbagai jenis tripod yang ditawarkan di kedai ini.
IMG_0796
IMG_0806
IMG_0805
Terdapat juga bermacam-macam aksesori kamera seperti beg kamera dan strap kulit di sini.
IMG_0817
IMG_0825
IMG_0826

Komen penulis

Camera-no-Kitamura teletak berhampiran sebuah kedai perkakas rumah yang besar. Jadi, tidak ramai pelancong yang tahu tentang kedai ini. Membeli kamera dari kedai perkakas rumah mungkin idea yang baik. Tetapi, anda boleh merasai suasana yang unik di kedai kamera ini. Jadi, lawatilah kedai ini jika anda inginkan suatu pengalaman berbeza di Akihabara.

Akses/Rupa bentuk

Sila guna papan iklan ini sebagai petanda untuk mencari kedai ini.
IMG_0760
Kedai ini terletak di dalam sebuah bangunan yang mempunyai restoran nasi daging yang dipanggil Yoshinoya. Sila masuk melalui pintu masuk di sebelah kiri bangunan ini.
IMG_0762
Pusing ke kanan setelah anda masuk.
IMG_0850
Naik lif ke tingkat 4.
IMG_0849
IMG_0820

Bahasa

Hanya bahasa Jepun

data

■Waktu operasi 10:30-19:30
■Alamat Hasegawa Bld.401, 10,Kanda-Matsunagacho, Chiyoda-ku, Tokyo,
■No Tel 03-5297-4041
■URL http://www.kitamura.jp/

コメントを残す

メールアドレスが公開されることはありません。 * が付いている欄は必須項目です

次のHTML タグと属性が使えます: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>