Akky International Main Store / Kedai elektronik bebas cukai serta cenderahati Jepun dan kolektibel di Chuo Dori

Akky International Main Store / Kedai elektronik bebas cukai serta cenderahati Jepun dan kolektibel di Chuo Dori

Terang benderang dan mempunyai pekerja bebilang bahasa, kedai bebas cukai ini menjual pelbagai produk termasuk barangan elektronik, beg untuk pekerja, beg pakaian dan juga katana!

Kedai bebas cukai di Chuo Dori yang menawarkan pelbagai produk berbeza

Oleh kerana Akihabara menjadi pusat untuk segala yang berkaitan dengan elektronik di Tokyo, tak hairanlah jika ada beberapa kedai bebas cukai yang ditujukan untuk pelanggan tempatan dan warga asing. Salah satu daripadanya, yang terletak berhampiran dengan Stesen Akihabara di jalan utama Chuo Dori, ialah Akky International. Sebenarnya, ada dua kedai Akky di kawasan ini. Saya akan bercerita tentang Kedai Utama yang terletak di sebelah bangunan Aoki Akihabara, dan di seberang kedai Mulan Akiba Media Shop. Kedai ini diiklankan melalui koleksi komposit bendera yang bercahaya, dan juga kuboid kuning yang terang di bahagian atas bangunan dengan nama kedai ini. Jadi, anda juga boleh nampak kedai ini dari seberang jalan. Kedai ini mempunyai ramai pekerja yang ramah dan berbilang bahasa. Ada di antara mereka yang boleh berbahasa Jepun dan Inggeris.

Pelbagai jenis beg dipamerkan di bahagian luar kedai ini. Kebanyakan beg-beg tersebut mempunyai tema “Kawaii” dan ada juga yang nampak seperti pedang samurai! Anda juga boleh melihat beberapa model beg pejabat dan beg komputer riba yang biasanya dibawa oleh pekerja pejabat apabila masuk ke dalam kedai ini.

Di dalam kedai ini, anda boleh melihat bahagian yang menjual kamera dan jam tangan, serta barang-barang hiasan untuk lelaki dan wanita, dengan beberapa model berkualiti tinggi dari syarikat-syarikat Jepun dan antarabangsa. Tetapi, yang paling mengejutkan bagi saya adalah periuk nasi berteknologi tinggi yang nampak futuristik dan berharga 119000 Yen!

AkkeyInternationalMainStore003

AkkeyInternationalMainStore002

AkkeyInternationalMainStore001

Pelbagai pilihan cenderahati Jepun dan kolektibel di tingkat bawah tanah, dan bahagian khas untuk barangan elektronik!

Jika masuk ke dalam lagi, anda boleh melihat cenderahati Jepun dan kolektibel, termasuk barangan seperti kipas kertas, barang-barang seni dan patung tuah. Jika anda menuruni tangga ke tingkat bawah tanah, anda boleh melihat pelbagai produk seperti kemeja-t Tokyo dan juga teko berkualiti tinggi, ada di antaranya yang berharga 270000 Yen! Apabila sampai di tingkat bawah tanah, anda boleh melihat katana (pedang Jepun yang pernah digunakan oleh Samurai zaman dahulu) dengan rekaan yang menarik.

AkkeyInternationalMainStore006

AkkeyInternationalMainStore005

AkkeyInternationalMainStore004

Setelah puas meninjau di tingkat bawah tanah, saya pergi ke tingkat atas, sambil melihat begitu banyak beg pakaian yang ditawarkan. Tingkat atas dikhaskan untuk telefon bimbit, komputer riba dan sistem hiburan audio. Telefon bimbit dan sistem audio yang terbaharu dan terhebat dari Sony dan pengeluar-pengeluar lain dipamerkan di sini, bersama komputer riba dari Toshiba, Dell, Acer dan lain-lain. Terdapat juga pelbagai pilihan TV dan bahagian yang dikhaskan untuk fonkepala JBL, termasuklah model-model untuk diuji pakai. Aksesori komputer seperti kad SD dan pemacu USB juga dijual di sini.

AkkeyInternationalMainStore007

AkkeyInternationalMainStore008

AkkeyInternationalMainStore009

AkkeyInternationalMainStore010

Akses / Destinasi membeli belah bebas cukai yang wajib dilawati di Akihabara

Kedai utama Akky ini dibuka dari 10:00 pagi hingga 7:30 malam, seperti yang tertera di laman web rasmi kedai ini, iaitu http://akky-jp.com/eg/shop01/

Kedai utama Akky International terletak hanya 3 minit (200 meter) secara berjalan kaki dari pintu keluar “Electric Town Exit” Stesen JR Akihabara. Akihabara boleh didatangi melalui beberapa laluan kereta api berbeza, termasuk JR Keihin Tohoku, Yamanote Line dan Sobu Line.

Untuk sampai ke kedai utama Akky International dengan mudah, dari pintu keluar “Electric Town Exit” di Stesen Akihabara, pusing kiri dan jalan bersebelahan bangunan “Atre” di arah yang berserenjang dengan AKB48 Cafe. Jalan terus sejauh 50 meter dan pusing kanan sebelum bangunan “Adores” di sebelah kanan. Setelah berjalan beberapa meter, pusing kiri memasuki sebuah jalan kecil dan anda akan nampak kedai ini di sebelah kanan.

■Waktu operasi – 10:00~19:30
■Alamat – 〒101-0021 Tōkyō-to, Chiyoda-ku, Sotokanda, 1 Chome−12-1
■No Tel – +81-3-5207-5027 / +81-3-5207-5564
■URL – http://akky-jp.com/eg/shop01/

コメントを残す

メールアドレスが公開されることはありません。 * が付いている欄は必須項目です

次のHTML タグと属性が使えます: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>