Akihabara Radio Kaikan, pusat perniagaan anime setinggi 10 tingkat

Akihabara Radio Kaikan, pusat perniagaan anime setinggi 10 tingkat

Hanya sebab anda berada di hab elektronik Jepun dan bangunan ini dinamakan begitu, ia tak bermakna tempat ini mempamerkan dan menjual peralatan elektronik yang hanya berkaitan dengan radio. Sebaliknya, Akihabara Radio Kaikan menjual barangan Anime dan yang berkaitan dengannya.
9-Radio-Kaikan

Ada bermacam-macam kedai anime dan hobi di sini

Pusat perniagaan serba guna ini menempatkan beberapa kedai berlainan di dalam sebuah bangunan 10 tingkat. Ia tempat terbaik untuk mereka yang suka menjelajah dan berjiwa muda. Sama ada anda penduduk tempatan yang mencari barangan baharu untuk koleksi anda, pelajar yang hanya ingin duduk dan bersantai, pelancong yang mencari pengalaman unik, atau lalu di kawasan ini secara kebetulan dan ingin menghilangkan rasa lapar dan dahaga dengan menu menyelerakan, anda akan temui lebih dari apa yang diharapkan di premis ini.
7-Radio-Kaikan

Anda boleh menikmati Anime dan Manga di Radio Kaikan Akihabara

Dari tingkat bawah tanah ke tingkat teratas, anda boleh menikmati pelbagai barangan anime dan cenderahati seperti komik Manga, majalah dan buku, “trading card” dan kad-kad mainan, figura, patung, barang mainan, peralatan dan bekalan untuk model-model kereta api dan bangunan, aksesori dan kostum anime, dan bermacam-macam lagi. Komponen dan peralatan audio dan elektronik juga dijual di beberapa kedai di sini. Dan untuk kemudahan pembeli, Ginza Lion, sebuah restoran di tingkat B1 dan Sunkus, sebuah kedai serbaneka di tingkat satu boleh memuaskan selera anda sepanjang hari. Untuk pergi ke tingkat teratas adalah mudah kerana para pembeli boleh pilih untuk menaiki lif, eskalator atau tangga untuk ke tingkat 10.
5-Radio-Kaikan

Bangunan mercu tanda terkenal di Akihabara

Akiba Radio Kaikan menjadi mercu tanda yang terkenal di Akihabara sejak ia dibina pada tahun 1957. Ia pernah ditutup untuk pengubahsuaian dan penstrukturan semula pada Ogos 2011. Premis ini menjadi lebih baik dan besar selepas ia dibuka semula. Bangunan ini menonjol dengan warnanya yang terang benderang dari tingkat pertama dan ke atas. Namanya tertera dengan latar kuning yang besar di atas pintu masuk bangunan ini.
2-Radio-Kaikan

Akses

Akihabara Radio Kaikan terletak berhampiran Stesen JR Akihabara. Dari pintu keluar “Electric Town” atau “Denkigai”, anda terus boleh melihat bangunan tersebut setelah berjalan selama beberapa saat. Dari Tsukuba Express di Stesen Akihabara, anda hanya perlu berjalan selama 3 minit melalui pintu keluar A1. Ia terletak hanya 3 minit secara berjalan kaki dari pintu keluar “Exit 3” laluan Tokyo Metro Hibiya Line di Stesen Akihabara dan lebih kurang 8 minit dari pintu keluar 1 dan 3 laluan Tokyo Metro Ginza Lina di Stesen Suehirocho.
9-Radio-Kaikan
■Waktu operasi 10:00~20:00

■Alamat 1-15-16, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo,

■No Tel +81 3253 1030

■URL http://www.akihabara-radiokaikan.co.jp

コメントを残す

メールアドレスが公開されることはありません。 * が付いている欄は必須項目です

次のHTML タグと属性が使えます: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>